TERKINI

6/recent/ticker-posts

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah selesai menjalani pembedahan lutut

 

KENYATAAN MEDIA

Adalah dimaklumkan bahawa YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah selesai menjalani pembedahan lutut (ACL Reconstruction and Cartilage Repair) di sebuah hospital pada petang Ahad 1 November 2020.

YAB Dato' Seri MB telah dinasihatkan oleh Doktor untuk mengurangkan pergerakan fizikal yang boleh memberi kesan pada proses penyembuhan yang dijangka selama sekurang-kurangnya enam minggu.

Pembedahan ini dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat dari terseliuh kerana menahan badan dari jatuh semasa aktiviti riadah.

Walau bagaimana pun, Dato' Seri MB akan tetap berusaha untuk meneruskan urusan pentadbiran dan mesyuarat Kerajaan/Agensi/GLC; dan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri seperti biasa.

HJ MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID
Setiausaha Politik kepada YAB DS MB Terengganu.

Catat Ulasan

0 Ulasan