Sejarah Terengganu - Asal Usul Negeri Terengganu
Menurut cerita yang dikatakan dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu.
Peta Lokasi Negeri Terengganu |
Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taring anu…" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja. Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya. Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing "di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu " di tempat taring anu".
Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu", lama kelamaan lekatlah dipanggil nama"Terengganu". Penulis ada juga mendengar cerita-cerita lain menyebabkan dinamakan "Terengganu". Seumpama cerita yang menyatakan asalnya daripada "Terang-nya-ganu"dan "terangnya anu" dan ada pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan"cahaya kilat yang memancar, di kaki langit".
Iklan: #https://iliketerengganu.blogspot.com/ .Kejadian itu berlaku pada suatu malam kononya ramai orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan, kerana hendak memerhatikan cahaya kilat yang amat terang benderang di angkasa langit berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat sebagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu "Terang Ganu" kemudian manakala sudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu "Negeri Terengganu" (terang hingga ke sana).
Sama ada cerita ini benar atau tidak, belumlah dapat penyusun mengesah-kannya. Menurut cerita yang dikemukakan oleh Dato' Kamal Wangsa Jafar bin Mampak seperti berikut pula: "Ada satu taring yang besar tidak sampai gading gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau Duyong. Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan "Taring anu Tuanku".
Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai "Taring Anu" hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya sungai Taring Anu. Satu cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dari Kelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu(Kuala Terengganu).
Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangat redup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya terang di awan-awan langit dipanggil orang " Ular Mayang" orang Kelantan kata "Pelangi". Iklan: https://iliketerengganu.blogspot.com/ .Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa? Jawab orang negeri ini: "Kami panggil ganu". Kata mereka:"terang sungguh ganu di sini".
Batu Bersurat |
Pengarang sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun 1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan (kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang. Pelliott seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri Terengganu.
Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dari perkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.
Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu". Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Iklan: #https://iliketerengganu.blogspot.com . Bilakah Terengganu digelar"Darul-Iman" tidaklah dapat penyusun menentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar(Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".
Petikan : Sejarah Darul Iman
Oleh : Dato' Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (Misbaha)
0 Ulasan
Terima Kasih kerana memberi kerjasama