TERKINI

6/recent/ticker-posts

11 September 2022 - Cuti Peristiwa Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022

11 September 2022 - Cuti Peristiwa Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022


Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
 
Cuti Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022.
 
Alhamdulillah, seperti yang kita sedia maklum, Terengganu FC Berjaya ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil pada 10 September 2022, Sabtu nanti dan bertemu dengan pasukan JDT.
 
Kerajaan Negeri Terengganu berharap para penyokong Terengganu FC agar dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya. Sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu ketika menyaksikan perlawanan tersebut. 
 
Bagi memberikan keselesaan perjalanan pulang dan memastikan penyokong Terengganu tidak terburu-buru di atas jalan raya juga, Kerajaan Negeri telah bersetuju mengisytiharkan 11 September 2022 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu. Susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang. 
 
Kepada pasukan kesayangan semua, Terengganu FC, saya berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi  yang terbaik sekaligus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu.  Insya-Allah. 
 
 
We Bleed Black & White
 
Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
28 Ogos 2022


Catat Ulasan

0 Ulasan