TERKINI

6/recent/ticker-posts

Kaki tak boleh bergerak dan masih tak boleh bangun berdiri, tapi minda masih kena 'up to date' - Kata MB Terengganu


Tengah hari semalam (Isnin 2/11), iaitu tidak sampai 24 jam selepas operation, saya sudah minta Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Ketua Polis Terengganu supaya datang ke bilik wad saya untuk memberi taklimat mengenai kedudukan terkini COVID-19 dan isu keselamatan di Terengganu. 

Fail-fail di pejabat MB yang memerlukan tugas saya untuk tandatangan juga saya minta dibawa ke bilik wad. Saya juga memaklumkan kepada YB Dato' SUK Kerajaan Negeri supaya sekiranya ada perkara yang memerlukan MB membuat keputusan, sila terus bawa kepada saya walau semasa saya berada di dalam kamar wad.




 Kaki tak boleh bergerak dan masih tak boleh bangun berdiri, tapi minda masih kena 'up to date' dan masih boleh melaksanakan tugasnya. 

Saya akui kelemahan diri saya dalam perbagai perkara dan bukanlah 'superman' yang boleh melakukan berbagai kerja yang luar biasa, tetapi sesungguhnya saya merasa insaf bahawa rakyat senantiasa memerlukan keputusan/tindakan pemimpin kerajaan dalam urusan seharian.

Ya Allah ampunilah daku dan berikanlah kekuatan pada diriku ini. 

Engkaulah Yang Maha Kuasa dan Pemberi Rahmat kepada seluruh alam.

Catat Ulasan

0 Ulasan