TERKINI

6/recent/ticker-posts

Apa Perbezaan antara jalan persekutuan dengan jalan negeri?

Apa Perbezaan antara jalan persekutuan dengan jalan negeri?



Jelas bahawa di Malaysia terdapat agensi berbeza yang bertanggungjawab terhadap jalan-jalan di negara kita.

i) Jalan persekutuan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan;
ii) Jalan negeri diselenggara oleh Kerajaan Negeri; dan
iii) Lebuh raya diselenggara oleh syarikat konsesi.

Jadi, bagaimana kita nak kenal mana satu jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya supaya kita jelas siapa yg bertanggungjawab jika berlaku kerosakan 🤔

Jawapan : Melalui sistem penomboran (numbering) yg telah diperkenalkan utk dijadikan panduan kepada pengguna jalan raya.

Ada yang mempunyai nombor sahaja, ada yang beserta huruf dan nombor. Dan, ada yang hanya menggunakan huruf E sahaja. Selalu nampak kan?

Sebagai contoh, jalan persekutuan ditandakan dengan NOMBOR SAHAJA.

Jalan negeri ditandakan dengan kombinasi HURUF DAN NOMBOR. Huruf kod jalan sama dengan huruf pendaftaran kenderaan mengikut negeri masing-masing.

Huruf A bagi Negeri Perak
Huruf B bagi Negeri Selangor
dan seterusnya.

Sementara huruf E digunakan untuk sistem penomboran jalan bertol - lebuh raya.





Penomboran jalan persekutuan dikategorikan mengikut :

1. Jln persekutuan
2. Jln persekutuan ke institusi kerajaan
3. Jln persekutuan di Sarawak
4. Jln persekutuan di Sabah
5. Jln persekutuan di Labuan
6. Jln persekutuan di FELDA/FELCRA
7. Jln industri persekutuan
8. Jln bertol



Penomboran bagi jalan negeri pula mempunyai satu huruf dan nombor secara bersebelahan. Contohnya A13 (Jalan Ipoh-Tambun), B48 (Sepang-Jenderam), N123 (Inas-Senaling).

Share posting kami kali ini tentang penomboran jalan di Malaysia supaya mudah untuk anda memahami dan membuat aduan jika berlaku kerosakan.

Sumber: JKR Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan