TERKINI

6/recent/ticker-posts

IKLAN JAWATAN KOSONG di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

IKLAN JAWATAN KOSONG di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) 


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.


1. Pegawai Tadbir (N41)

2. Penolong Pegawai Tadbir (N29)

3. Penolong Akauntan (W29)

4. Penolong Pegawai Pertanian (G29)

5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam / Penolong Jurutera)

6. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat (N19)

7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

8. Pembantu Penguatkuasa (KP19)

9. Pemandu Kenderaan (H11)

10. Pembantu Awam (H11)

11. Pengawal Keselamatan (KP11)

12. Pembantu Operasi (N11)


CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web rasmi KETENGAH, https://www.ketengah.gov.my atau 

terus ke https://ejawatan.ketengah.gov.my



DAFTAR DISINI👉 https://ejawatan.ketengah.gov.my/register

2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(a)  Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; 

(b)  Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c ) Borang tidak lengkap atau tidak terang;

(d)  Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;

(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat

4. Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 17 Jun 2023.


CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.


2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


3. Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.


#kkdw #luarbandarsejahtera

#ketengah #bersamamembangun

#penerajupemodenanpembangunan

Catat Ulasan

0 Ulasan